Pada 15 Oktober 2017 ( Ahad ) Jam 14.15 petang Pusat Pemulihan Khas Simpang Renggam telah menerima lawatan daripada Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri. Lawatan diketuai oleh YBhg. Dato ? Abdul Razak Bin Musa Pengerusi Lembaga Pencegahan Jenayah, YDH DCP Dato? Mazupi Bin Abdul Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, YBhg. Datuk Tan Kok Liang Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah , YBhg. Dato? Saseedharan a/l KPB Menon Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah , YBhg. Dato? Basri Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah dan Encik Hairudin Bin Shahri Penolong Setiausaha Lembag Pencegahan Jenayah. Turut Hadir dalam lawatan ini KP Haji Abdul Wahab Bin Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor. Taklimat lawatan disampaikan oleh PKP Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam. Lawatan juga diadakan di unit pemulihan POCA , Blok Penempatan POCA dan Klinik dalam Penjara. Lawatan Berakhir Jam 16.30 petang.
""